Mujahadah...
Hari ini seperti hari-hari biasa. Menjalani rutin menghantar 3 daripada 5 anak ke sekolah. Yang selebihnya diuruskan oleh suami tersayang.
Seperti biasa juga pulang dari urusan menghantar anak, maka hadapan tv lah kedudukanku. Dengan secawan teh panas dan beberapa keping biskut bergula....(hihi..itu favourite di waktu pagi sebegini).
Topik menarik rancangan tanyalah ustaz pagi ni.."penawar hati" bahagian 2.
2 ilmu baru yang saya peroleh;
1. Maksud mujahadah
- mujahadah adalah pertembungan antara dua perkara iaitu apa yang kita perlu lakukan dan apa yg kita suka lakukan. Maksudnya pertembungan antara keinginan nafsu dan tuntutan perkara yang ditetapkan Allah. Atau dengan kata lain pertembungan antara nafsu dan kehendak Allah.
- Mujahadah” berasal daripada perkataan“jihad”, yang bererti usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredhai Allah.
2. Maksud generasi x, y dan z
- generasi x disebut sbg generasi yang lebih kepada tak (berdasarkan simbol "x"). Tak bantah, tak banyak bercakap. Cthnya apabila diminta melakukan sesuatu, pelajar dari generasi x akan melaksanakannya dengan patuh mengikut arahan.
- generasi y disebut sebagai generasi yang sentiasa bermain dengan persoalan 'why'. Apa sahaja yang perlu dibuat atau diarahkan buat akan disusuli dengan pelbagai persoalan untuk menyokong rasional sesuatu perbuatan.
3. Generasi z pula bermaksud simbol zzzz...iaitu simbol tidur. Ini bermaksud kanak-kanak generasi ini lebih bersifat sendiri, tidak menghiraukan orang lain, tidak ambil tahu pasal org lain dan sebagainya. Generasi inilah yg dikatakan lebih kepada gadget di tangan berbanding tumpuan pd orang lain atau persekitaran. Mereka dengan dunia mereka.
..28 mei 2015...
sekadar perkongsian ilmu yang diperoleh dari program tanyalah ustaz.
18:00 |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment