My photo
Guru KHB dan RBT yg mencintai Allah dan Rasul. Sangat berminat dengan ilmu baru terutamanya ilmu agama dan teknologi terkini.
Powered by Blogger.
RSS
Container Icon

Sheikh Bandar Baleela. Salah seorang imam masjid Haram, Mekah. Merindui saat2 berada di sana berimamkan imam ini.  Suara yang sangat merdu dan menyentuh jiwa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mujahadah...

Hari ini seperti hari-hari biasa. Menjalani rutin menghantar 3 daripada 5 anak ke sekolah. Yang selebihnya diuruskan oleh suami tersayang.
Seperti biasa juga pulang dari urusan menghantar anak, maka hadapan tv lah kedudukanku. Dengan secawan teh panas dan beberapa keping biskut bergula....(hihi..itu favourite di waktu pagi sebegini).
Topik menarik rancangan tanyalah ustaz pagi ni.."penawar hati" bahagian 2.
2 ilmu baru yang saya peroleh;
1. Maksud mujahadah
- mujahadah adalah pertembungan antara dua perkara iaitu apa yang kita perlu lakukan dan apa yg kita suka lakukan. Maksudnya pertembungan antara keinginan nafsu dan tuntutan perkara yang ditetapkan Allah. Atau dengan kata lain pertembungan antara nafsu dan kehendak Allah.
- Mujahadah” berasal daripada perkataan“jihad”, yang bererti usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredhai Allah.
2. Maksud generasi x, y dan z
- generasi x disebut sbg generasi yang lebih kepada tak (berdasarkan simbol "x"). Tak bantah, tak banyak bercakap. Cthnya apabila diminta melakukan sesuatu, pelajar dari generasi x akan melaksanakannya dengan patuh mengikut arahan.
- generasi y disebut sebagai generasi yang sentiasa bermain dengan persoalan 'why'. Apa sahaja yang perlu dibuat atau diarahkan buat akan disusuli dengan pelbagai persoalan untuk menyokong rasional sesuatu perbuatan.
3. Generasi z pula bermaksud simbol zzzz...iaitu simbol tidur. Ini bermaksud kanak-kanak generasi ini  lebih bersifat sendiri, tidak menghiraukan orang lain, tidak ambil tahu pasal org lain dan sebagainya. Generasi inilah yg dikatakan lebih kepada gadget di tangan berbanding tumpuan pd orang lain atau persekitaran. Mereka dengan dunia mereka.

..28 mei 2015...
sekadar perkongsian ilmu yang diperoleh dari program tanyalah ustaz.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Anak Anugerah Ilahi...

Tahniah kepada abang tersayang dengan kelahiran putera ketiga pada 22 Mei 2015.  Betapa kehadiran zuriat penyambung kasih suami dan isteri dan sebagai pewaris serta khalifah di atas muka bumi. Beruntunglah kepada sesiapa yang dikurniakan rezeki dan nikmat Allah yang tak terhingga ini kerana berapa ramai pasangan yang Allah uji kesabaran mereka tanpa kehadiran zuriat.  

"Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan bumi; Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya.  Atau Ia mengurniakan mereka kedua-duanya, anak lelaki dan perempuan, dan Ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mandul.  Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa". (Ash-Shura 49-50)

SubhanAllah..maha suci Allah yang telah memberikan kita zuriat, penyeri rumah tangga, pengikat kasih sayang.  Moga anak yang kita kasihi menjadi penolong apabila kita berada di sana nanti. Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "apabila mati seorang anak adam maka terputus segala amalannya kecuali 3 perkara, iaitu, i) sedekah jariah; ii) ilmu yang bermanfaat yang diberikan kepada orang lain; dan iii) doa dari anak yang soleh. Maka sesungguhnya, di hari yang tiada apa lagi yang dapat membantu kita kecuali 3 perkara itu, adakah berguna lagi kesemua harta yang kita kumpulkan melainkan harta yang paling besar iaitu anak-anak yang soleh yang boleh mendoakan kita.

Islam telah menggariskan pelbagai panduan untuk kita ikuti dalam membentuk jiwa yang baik dan subur terhadap Islam dalam diri anak-anak.  Perbezaan antara fahaman barat dan islam berkaitan pendidikan anak adalah barat mengatakan bahawa pendidikan anak bermula di saat seseorang perempuan mengandung.  Manakala Islam lebih dari itu di mana, tanggungjawab dalam melahirkan seorang insan yang soleh adalah bermula di saat pemilihan isteri oleh seseorang suami. 

Diriwayatkan ada seorang datang kepada Saidina Umar menceritakan keburukan perangai anaknya lalu Saidina Umar r.a. memanggil anaknya dan mengingatkannya tentang besarnya dosa menderhaka ibubapa.  Si anak tadi bertanya Saidina Umar : “Tidakkah anak juga ada hak ke atas ibubapanya”? Jawab  Umar : Ya! Anak itu tanya : “Apakah dia hak-hak mereka”?  Saidina Umar menjawab hak-hak anak ialah : “Hendaklah si bapa memilih ibu yang solehah, memberi nama yang baik untuk anaknya dan mengajarnya Al-Quran.  Si anak terus jawab selepas itu : “Dia tidak membuat satu pun daripada 3 perkara itu.  Yang pertama dia tidak pilih isteri yang baik, ibuku seorang Negro(زنجيه) hamba kepada seorang majusi. Kedua dia menamakanku Ja'lun (Ja'ranun). Ketiga dia tak mengajarku satu huruf pun daripada Al-Quran”. Saidina Umar r.a. pun berkata : “Adakah kamu datang untuk mengadukan kepadaku kederhakaan anakmu........ kamu yang telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu”.

Sekadar terkesan dengan rancangan Tanyalah ustaz, Hadis dan siaran Ulangan Raudhah Halaqah di TV9 sebentar tadi untuk menulis isu ini. Moga ingatan ini kepada semua yang membaca dan diri saya sendiri dalam mendidik anak.  Semoga kita semua diberi kesabaran dan dapat meningkatkan keimanan dalam mendidik anak bukan hanya untuk berjaya di dunia malah yang penting berjaya di akhirat.  Adakah kita telah menjadi ibu yang sempurna andai banyak kesilapan ada pada anak.  Adakah kesilapan sepenuhnya terletak pada anak. Cubalah untuk bertanya pada diri sendiri...Bagaimana solat fardhu kita, bagaimana pula solat sunat kita. Andai telah sempurna bagaimana pula dengan akhlak kita, andai juga telah sempurna bagaimana pula dengan aurat kita, andai juga telah sempurna, bagaimana pula dengan batasan kita sebagai wanita muslim dengan lelaki yang ajnabi. Keberkesanan pembelajaran dalam kehidupan anak-anak adalah lebih berkesan melalui perbuatan ibu ayah sebagai model yang dilihat berbanding percakapan yang tidak disusuli dengan perbuatan.

SubhanAllah..Allahuakbar...jadilah insan yang sempurna sebelum kita mendidik insan lain untuk menjadi lebih sempurna.

..Ibu kepada lima anak...25.5.2015



    

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS