My photo
Guru KHB dan RBT yg mencintai Allah dan Rasul. Sangat berminat dengan ilmu baru terutamanya ilmu agama dan teknologi terkini.
Powered by Blogger.
RSS
Container Icon

Kita tak punya apa

Salam sejahtera untuk semua pembaca dan pelawat blog...

Alhamdulillah...hari ini, aku masih diberikan nikmat terbesar oleh Allah iaitu masih dapat menghirup udara milikNya. 
Masih diberi kesempatan untuk menyedut dan menghembuskan nafas. 
Masih teguh bergerak dengan anugerah anggota yang diberikan.
Masih jelas penglihatan untuk merenung kesemua alam ciptaanNya dan anugerah amanah yang dipinjamkan kepada ku. 
Allahuakbar...sebesar sebutir mata pun...bukan milikku. Hanya pinjaman dari Allah pencipta sekelian alam.
Haruskan aku bermegah dengan apa yang aku miliki.
Ku punyai suami, anak-anak, rumah, kereta, pekerjaan dan segala macam rezeki kurniaan dari Ilahi. 
Yang sudah pasti hanya sementara dan pinjaman sehingga masa yang akan dimaklumkan kelak..
Adakah aku bersedia...
segala pinjaman hilang sekelip mata atau,
aku hilang untuk kesemuanya.
Adakah aku bersedia..
untuk kembali pada pencipta sebenar.
Berhadapan dengan Dia yang maha berkuasa, lagi maha Agung.

Allahuakbar....adakah aku cukup bersedia.
Apa persediaanku.
Memetik kata seorang ustaz, "Ibarat pengembara yang mencari harta di negara orang untuk dibawa pulang ke kampung asal kita". Apakah bekalan yang kita cari.  Apa pula harta yang akan kita simpan untuk kita kembali ke tempat asal kita. 
Ku akui bahawa nikmat dunia dikejari hingga terkadang lupa dengan bekalan yang perlu dibawa nanti.

Ku pohon padamu ya Allah, moga aku dijauhkan dari fitnah dunia dan segala macam keburukan  yang ada. Dan jadikanlah aku sentiasa istiqamah dengan perkara-perkara baik yang Kau redhai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS